Kelas ICT – Father’s Day Word Search & Father’s Day Coloring

15 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Father’s Day Word Search dan Father’s Day Coloring kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji ketajaman penglihatan mata peserta mencari perkataan tersembunyi dan kemahiran mewarna berkaitan dengan Hari Bapa.

Dalam sesi pertama kelas ini, peserta dikehendaki mencari 10 perkataan tersembunyi berkaitan Hari Bapa dengan menggunakan aplikasi Paint. Peserta harus mencari dan menandakan perkataan yang bertepatan dengan klu-klu yang disediakan.

Pada sesi kedua pula, peserta dikehendaki mewarna gambar Hari Bapa menggunakan laman web Scrapcoloring.com. Laman web ini membolehkan peserta mewarna lukisan, imej atau foto secara bewarna-warni atau bercorak bagi lukisan yang telah dimuatnaik. Peserta kemudian mewarna gambar-gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali